LABUAN: Kerajaan Persekutuan memandang serius kelewatan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah yang terkebelakang dari Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah yang menelan perbelanjaan melebihi RM16 bilion, adalah lewat.
"Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak sudah hampir selesai, Sabah lambat lagi, jumlah peruntukan sama dan tarikh pelaksanaan sama," katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan hari ini.
Anwar berkata bagi mempercepatkan pelaksanaan projek lebuh raya ini satu proses pelantikan kontraktor baharu melalui tender secara telus akan dibuat (dengan keputusan bersama kerajaan Negeri Sabah) bagi melantik kontraktor yang berupaya menyiapkan projek itu.
"Kalau ada kontraktor yang mampu dan berupaya termasuk dari Sabah, silakan ikut tender, bukan kerana dia itu menyokong kita, kroni kita ataupun anak kita, kalau ini dapat dilakukan, saya percaya progres projek ini akan berjalan lebih baik dan memberi faedah kepada rakyat Sabah, " katanya.
Secara keseluruhan, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah mengandungi sebanyak 35 pakej kerja dalam Fasa Satu, dengan 16 daripadanya iaitu Fasa 1a sudah dimulakan, manakala baki 19 pakej dalam Fasa 1b belum bermula.
Panjang jajaran dalam semua pakej kerja itu dianggarkan sejauh 706 kilometer.
Berbeza dengan Sarawak, keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri jiran itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.
Dalam pada itu, Anwar berkata isu sekolah daif di seluruh negara akan terus diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.
"Kita bercakap reformasi digital, kecerdasan buatan (AI), tapi keadaan sekolah-sekolah masih daif, anak-anak ke sekolah dengan tandas yang rosak," katanya.
Anwar berkata selama setahun Kerajaan MADANI mentadbir kerajaan, lebih 8,500 tandas sekolah di seluruh negara termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil telah dibaiki sepanjang tahun ini.
Perdana Menteri juga berkata Kerajaan Persekutuan juga akan memberi perhatian kepada kedaifan perumahan kakitangan awam, anggota keselamatan tentera, polis di Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
"Ianya akan menjadi perhatian Kerajaan Persekutuan pada tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan hari ini. - Foto BERNAMA
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam
Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan mempertimbangkan agar pengisian perjawatan tetap sehingga mencapai siling yang ditetapkan iaitu 92 peratus diluluskan.
Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.
Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.
Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo
Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.
Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM
PM dan MB Johor bincang pelbagai perkara berhubung kait tatakelola dan peruntukan bagi pembangunan dan ekonomi Negeri Johor.
Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji
Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.
Johor zahir terima kasih kepada kerajaan Persekutuan luluskan peruntukan banjir
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta.
"Prestasi negeri Selangor merosot selepas saya tinggalkan jawatan MB" - Azmin
Kerjasama baik di antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dijalin oleh pentadbiran Selangor.
Pembangunan Johor selari dengan kerajaan Pusat - Onn Hafiz
Kerajaan Johor membayangkan pembangunan negeri ini akan seiring dengan kerajaan Persekutuan, sekali gus menjadikan agenda kemajuan negeri dari pelbagai sudut dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.